Tykah.Co

KRITIKAN JURNAL


GUCCI


















Jurnal pertama yang saya kaji adalah blog produk dari jenama terkenal iaitu Gucci.Gucci telah menawarkan pelbagai jenis produk untuk lelaki,perempuan mahupun kanak-kanak daripada kepala sehinggalah ke kaki.Secara umumnya,Gucci lebih mengutamakan item untuk wanita.Seperti yang dapat kita lihat,produk Gucci lebih sinonim kepada beg tangan dan kasut.
Blog ini juga telah disusun dengan menarik apabila ruangan untuk item telah disediakan bagi memudahkan pelanggan melakukan pemilihan item.Contoh seperti butang "women", "men" , " gift" dan lain-lain.Pelanggan juga boleh terus "search" item yang diperlukan untuk menjimatkan masa.
Layout atau latar belakang yang digunakan sangat menarik.Ia menggunakan warna yang elegen dan klasik.




BARBIE

Untuk kritikan yang kedua saya memilih blog page Barbie. Seperti yang kita tahu,patung Barbie sangat popular dalam kalangan kanak-kanak.Blog ini juga dicipta bagi golongan kanak-kanak.Layout yang digunakan sangat menarik dan warna yang digunakan adalah merah jambu yang mampu menarik golongan kanak-kanak untuk melawati laman blog ini.





Dalam ruangan ini juga,admin telah menyediakan butang-butang seperti "Game","Video","Fashion" dan lain-lain lagi.Dalam hanya satu blog,kanak-kanak atau pelawat dapat menikmati video barbie,dapat bermain game dan mengikuti fasyen barbie dalam hanya satu masa.


Selain itu,pelawat boleh terus membuat pesanan di laman ini jika berminat terhadap produk-produk yang ditawarkan.Pelawat dapat menikmati semua item dalam hanya satu blog.Ia sangat memudahkan para penggemar barangan Barbie.


GAMES(Y8)




Page ini merupakan sebuah laman permainan percuma.Semua pengguna dapat menikmati pelbagai permainan dengan percuma dan tiada had.Laman ini mengandungi lebih dari seribu permainan.Antaranya seperti 'candy crush' yang sememangnya sangat popular pada masa ini.




Layout yang digunakan sangat menarik dan tidak kelihatan berserabut dan paling penting ia memenuhi ruang page tersebut.Warna yang digunakan juga tidak terlalu terang dan gelap.Seperti yang kita lihat,admin menggunakan tema krismas,warnanya putih sangat menyenangkan para penggemar game.Butang-butang link juga memudahkan para pelawat.





Para penggemar game juga boleh memilih kategori-kategori game yang diinginkan seperti adventure,arcade,ball dan lain-lain.Dengan kaedah ini,sangat memudahkan pemain memilih permainan kesukaan mereka.



WEBLAGU




Blog seterusnya yang saya kaji ialah Weblagu.Blog ini adalah laman untuk memuat turun pelbagai jenis lagu.Butang 'search' telah disediakan bagi memudahkan pelawat memuat turun lagu kesukaan mereka.Blog ini agak menarik tetapi terdapat sedikit kekurangan iaitu terlalu banyak ruangan iklan.Iklan-iklan tersebut kadang kala mengelirukan para pengguna.Para pengguna perlu berhati-hati jika hendak memuat turun kandungan.Kadang kala iklan yang dipaparkan mengandungi virus.



MOVIE DOWNLOADER






Blog seterusnya yang saya kaji agak menarik dari segi penggunaan layout dan warnanya.Warna yang digunakan seperti yang kita lihat hanyalah warna putih dan font yang digunakan sama pada setiap tulisan.Susunan blog ini kelihatan kemas dan teratur.Pengguna boleh memilih jenis-jenis filem dengan santai. Butang link seperti 'home','categories' dan lain-lain memudahkan pelawat melawat laman ini.Laman ini merupakan laman kepada penggemar filem.Laman ini telah menyediakan pelbagai genre filem yang boleh ditonton.
Kelemahan blog ini hanyalah ruangan iklan yang agak menarik yang membuatkan pelawat berasa tertarik untuk meng'klik' butang iklan tersebut.Walhal sesetengah butang-butang tersebut membawa kepada kesan virus.



FACEBOOK








Kajian yang seterusnya ialah facebook.facebook merupakan sebuah laman sosial yang boleh menghubungkan sesorang dengan seseorang yang lain.Fungsi facebook bukan sekadar sebuah medium perhubungan,malahan ia adalah sebuah medium untuk menyampaikan sesebuah maklumat dari seluruh dunia.facebook telah di asaskan oleh Mark Zukerberg pada tahun 2004.
Laman sosial ini mudah digunakan kepada semua lapisan masyarakat.Susun atur laman ini kelihatan kemas.Butang-butang link juga disediakan bagi memudahkan pelayar menggunakan ia seperti SEARCH,HOME, dan lain-lain.





Pada ruangan chat pula,kita boleh mengetahui bahawa seseorang itu 'online' menggunakan komputer ataupon telefon bimbit.










No comments:

Post a Comment