ROZAITUN


                                                 

JURNAL 1










Kajian pertama yang saya lakukan adalah terhadap laman web acer yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti  harga yang berpatutan, melawat bilik pertunjukan acer, menghubunginya secara terus, menyediakan khidmat penghantaran dan banyak lagi  tentang komputer riba yang berjenama acer.

Laman web acer ini merupakan laman web yang mudah untuk pengguna menggunakannya. Disamping itu, terdapat banyak design yang dikeluarkan oleh produk acer ini yang boleh kita lihat di dalam laman web acer ini. Sebagai contoh laman web acer ini menggunakan  “page”  mengikut kategori untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang diinginkan oleh pengguna. Selain itu, saya mendapati rekaan layout yang digunakan oleh laman web ini sangat ringkas. Manakala, dari segi penggunaan saiz fontnya juga tepat dengan ciri-cirinya kerana ianya tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Kesimpulannya, saya tidak dapat mengenalpasti dari segi kekurangannya, ini kerana pada saya laman web acer ini mudah untuk diterokai oleh mana- mana pengguna dan sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira remaja, dewasa atau kanak- kanak.




JURNAL  2

    www.rado.com





Kajian jurnal yang kedua saya lakukan adalah terhadap laman web Rado. Jenama Rado ialah jenama jam yang mengeluarkan jam tangan yang bermutu tinggi dan merupakan salah satu jenama yang terkenal di seluruh dunia. Melalui laman web rasmi Rado, saya boleh membuat kesimpulan bahawa laman web ini sememangnya sangat terkenal dan dari segi susun aturnya sangat teratur dan kemas.

Laman web ini  juga turut meletakkan link yang boleh membezakan antara satu sama lain. Selain daripada jam Rado, terdapat banyak lagi jenis jenama keluaran jam antaranya Gucci, casio, swatch dan sebagainya. Selain itu, terdapat banyak reka bentuk keluaran jam yang timbul dan yang terbaru yang dapat dilihat sebagai salah satu dari elemen utama dalam laman web Rado watch ini. Dari aspek design, Rado menggunakan latar yang mudah untuk dibaca dan sangat menarik untuk dilihat.

Kesimpulannya, laman web Rado ini mudah untuk digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Dari segi kekurangannya, saya dapati warna latar belakangnya menggunakan warna hitam, sekaligus menampakkan laman web ini berasa bosan dan tiada audio, grafik yang menarik. Oleh itu, ia mesti dikemaskinikan dengan lebih menarik lagi.



JURNAL 3

  






Kajian ketiga saya adalah tentang laman web nokia yang mengeluarkan produk jenama telefon nokia. Menerusi laman web nokia, saya mendapati laman utama yang direka menggunakan teknik "slide show". Ini  bertujuan untuk memberi tarikan terhadap pengguna, serta mempromosikan produk  terbaharu yang dikendalikan oleh produk nokia itu sendiri.

Bagi pengguna yang ingin mendapatkan maklumat yang mereka inginkan, pengguna boleh menekan butang yang terdapat di ruang atas laman web nokia mengikut jenis dan kriteria yang ingin pengguna inginkan. Laman web nokia ini  juga turut mengunakkan kepelbagaian dalam teknik "slide show" yang dilihat cukup menarik dan unik. Bagi pengguna yang ingin membeli produk keluaran nokia ia boleh menerusi dalam talian, mereka boleh berbuat demikian menerusi laman web rasmi nokia itu sendiri. Disamping itu, laman web nokia ini  menggunakan tulisan yang mudah dibaca oleh pengguna dan mudah untuk mencari informasi yang diinginkan oleh pengguna.

Kesimpulannya, dari sudut kekurangan laman web nokia ini saya dapati ianya kosong dan tidak mempunyai unsur grafik. Walau bagaimanapun, laman web nokia ini sesuai untuk semua diperingkat umur kerana laman web ini mudah dan simple.



 JURNAL 4

www.peachesboutique.com/










Kajian keempat saya adalah tentang website peachesboutique.com iaitu sebuah laman web untuk membeli baju, dress, kasut dan fesyen terkini yang direka sendiri oleh  pereka terkenal secara online.

Sememangnya laman web ini mesra pengguna kerana terdapat ruangan "search" pada halaman utama yang akan memudahkan lagi para pengguna untuk meneroka laman web ini. Laman web ini bukan sahaja menawarkan fesyen "lifestyle" malahan menjual barangan accessories untuk pengguna semua. Selain itu, terdapat "navigation bar" yang teratur dan pasti akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengikut kategori yang dipilih. Penggunaan font pada laman web ini amat sesuai kerana menggunakan font yang besar pada bahagian hadapan (halaman utama) dan amat sesuai untuk semua peringkat umur yang ingin melawatinya.

Kesimpulannya, dari segi kekurangan laman web ini pula, saya mendapati laman web ini kosong kerana tidak menggunakan warna latar belakang dan tiada unsur grafik mahupun audio dan ini mungkin akan membosankan para pengguna. Laman web ini sememangnya  mesra pengguna dan ianya perlu diperbaiki lagi untuk menarik ramai lagi pelanggan untuk mengunjunginya dan meneroka laman web ini.




  Jurnal 5








Kajian kelima yang saya kaji ialah tentang laman web big apple, dimana ia merupakan  sebuah laman web yang menjual minuman dan makanan yang berbentuk segera iaitu donut yang mempunyai pelbagai pilihan.

Menerusi laman web big apple ini, saya mendapati laman utama yang direka menggunakan teknik "slide show".Laman web ini sememangnya mesra pengguna kerana ianya menggunakan format non-linear. Laman web  ini memberikan pelbagai maklumat tentang produk mereka.Reaksi pertama yang saya dapat berikan setelah melawati laman web ini ialah mengenai penggunaan layoutnya yang sangat mebarik perhatian saya dan sesuai dengan tema big apple yang mempunyai pelbagai warna disetiap page dan merupakan satu faktor  bagi mengelakkan pengguna berasa bosan apabila meneroka laman web ini terutama kanak-kanak yang meminati makan donut. Manakala, typeface yang digunakannya pula tepat pada ciri-cirinya kerana ianya tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil dan sesuai untuk semua peringkat umur.  Selain itu, "navigation barnya" yang disusun teratur sudah pasti akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengikut kategori yang dipilih. Laman web ini juga memuatkan gambar-gambar dan video yang disusun di “button” gallery yang bertujuan untuk menarik pengunjung melawatinya dan untuk menghilangkan rasa bosan. Dari segi grafiknya juga sangat menarik dan ceria.

Kesimpulannya, dari segi kekurangan laman web ini saya tidak dapat mengenalpasti kerana bagi saya laman web ini sangat menarik dan tidak membosankan.Laman web ini sememangnya  mesra pengguna dan sangat menarik.



JURNAL 6

www.oasis-stores.com/









Kajian keenam yang saya lakukan ialah kajian terhadap laman web oasis. Oasis adalah salah satu jenama yang terkenal di Dunia dan merupakan pengeluaran produk yang bermutu tinggi.

Menerusi laman web Oasis ini, saya mendapati laman utama yang direka menggunakan teknik "slide show".Menerusi aspek "background" web tersebut, mereka memilih warna biru kerana ia  bersesuaian dengan tema hari krismas dan kekemasan susunan gambar dan "link" pada "background" tersebut sememangnya menarik dan kelihatan kemas. Selain itu, apabila pengguna memasuki laman utama web tersebut, kelihatan "link"nya disusun di bahagian atas dan mereka juga turut menggunakan konsep yang kelihatan sangat mudah untuk diguna oleh sesiapa sahaja yang melayari laman web tersebut. Seterusnya, dari segi penggunaan "font"nya, saya rasa ia sudah bersesuaian dengan laman webnya yang tidak besar dan tidak terlalu kecil.  

Kesimpulannya, laman web ini saya tidak dapat mengenalpasti kekurangannya dan  sememangnya laman web ini sudah cukup sempurna dan menarik, serta laman web ini sudah dapat disampaikan dengan sangat baik.



JURNAL 7

www.addictinggames.com/











Kajian ketujuh yang saya lakukan adalah terhadap laman web games iaitu permainan secara online dan percuma kepada sesiapa yang ingin bermain game secara online. Laman web ini juga memberi banyak pilihan permainan seperti “car games”, “shooting games”, “sport games”, “action games” dan banyak lagi.

Laman web ini sememangnya menggunakan navigation bar yang teratur dan tidak merumitkan para pengguna untuk melawatinya dan mendapatkan maklumat. Penggunaan fontnya juga amat sesuai kerana ianya tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Penggunaan warna hitam pada background ini sememangnya sangat sesuai dengan  laman web ini.

Kesimpulannya, dari sudut kekurangan web ini saya tidak dapat mengenal pasti kerana bagi saya laman web ini sudah cukup menarik. Selain itu, unsur grafik dan ikonnya sangat menarik. Sememangnya laman web ini sudah cukup sempurna dan menarik, serta laman web ini sudah dapat disampaikan dengan sangat baik. Ia juga sesuai untuk semua golongan.



JURNAL 8


www.bmw.com/








Kajian kelapan saya adalah terhadap laman web BMW. BMW adalah syarikat pengeluar kereta yang bermutu tinggi dan sangat terkenal dalam golongan orang yang berada. 

Melalui laman web rasmi BMW, saya mendapati laman web tersebut "Mesra Pengguna" kerana terdapat beberapa "navigation bars" yang memudahkan pengguna mendapatkan maklumat berkaitan penjenamaan BMW itu sendiri.

Berkonsepkan warna putih, secara tidak langsung laman web tersebut melambangkan gaya mutu yang elegan, mewah dan ringkas. Selain itu, bagi para peminat kereta berjenama BMW mereka berpeluang untuk membeli kereta secara online menerusi laman web tersebut.


Kesimpulannya, laman web rasmi BMW ini sememangnya mesra pengguna dan mudah untuk digunakan oleh semua golongan. Dari aspek kekurangan, saya berpendapat bahawa laman web ini dapat di kemaskini dari semasa ke semasa agar menjadi lebih menarik dengan meletakkan unsur-unsur grafik, audio di dalam laman web tersebut. 



JURNAL 9

www.digi.com.my/







Kajian kesembilan yang saya pilih adalah laman web Digi. Digi merupakan pelan panggilan berbayar yang diterajui oleh syarikat Maxis Berhad. Digi menawarkan perkhidmatan pelan internet, broadband dan muat turun pelbagai aplikasi. Digi juga turut menawarkan harga runtuh bagi pengguna baru yang ingin menggunakan pelan panggilan berbayar Digi.

Menerusi laman web Digi itu sendiri, saya dapati halaman utama mereka menggunakan teknik "Slide show" bagi mempromosikan perkhidmatan dan barang yang dijalankan sepanjang bulan tersebut. 
Dengan adanya "search" bar di atas laman web tersebut, pengguna boleh menaip carian yang mereka inginkan dengan pantas tanpa menggunakan "navigations menu" yang terdapat di dalam laman web itu. Konsep ringkas yang digunakan memudahkan pengguna internet untuk melayari laman web tersebut bersesuaian dengan tema 'perkhidmatan' yang ditawarkan dalam pelan panggilan prabayar Digi itu tersebut.

Kesimpulannya, dari sudut kekurangan pula saya dapati laman web ini tiada kesan bunyi dan animasi. Tambahan pula, laman web ini bertemakan warna kelabu yang pucat dan tidak berapa menarik. Oleh itu, laman web Digi ini perlu ditambahbaikkan lagi supaya lebih setanding dengan jenama itu sendiri.

No comments:

Post a Comment